Monday, April 7, 2014


MIM juga menawarkan perkhidmatan untuk water dispenser machine. Antaranya adalah MIM Water Dispenser Hot & Cool, MIM Water

Friday, December 3, 2010

Dikilangkan


Dikilangkan oleh :

UMMI AGRO INDUSTRY SDN BHD.(Co.No : 871821-P)
Lot 302&303,Kawasan Perindustrian KEDA,

Kg Wang Tok Rendong,
Jalan Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.

Tel : +04-9698858 D/L : +04-9698856
Fax : +04-9698859
Email :airmim@yahoo.com.my
Website :www.ummiagroindustry.com.my









Tuesday, May 25, 2010

No. 1 di Langkawi - Air Minuman MIM





Air MIM merupakan satu air minuman RO dan air alkali yang terdapat di pasaran pada masa kini. Air MIM merupakan 100% produk Malaysia dan dikeluarkan oleh syarikat Ummi Agro Industri Sdn. Bhd yang pemiliknya juga merupakan 100% milik bumiputra. Air MIM diakui kehebatannya apabila mendapat gelaran sebagai "Air Minuman No. 1 di Langkawi". Seperti yang kita sedia maklum, Air RO mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan yang sememangnya diperlukan oleh manusia pada masa kini. Antara kebaikan bagi air RO ataupun dikenali sebagai Reverse Osmosis adalah:


  • Air RO bukan sahaja memberikan air yang bersih malah air RO juga bebas daripada bau.
  • Air yang ditapis melalui sistem Reverse Osmosis (RO) merupakan air minuman yang tidak mengandungi mineral terlarut dan ini kerana sistem yang berada didalam sistem penapis aktif menyerap zat beracun sehingga menyucikan air yang anda boleh minum.
  • Penapis Air Reverse Osmosis memastikan bahawa anda memperoleh air yang bebas daripada fluoride dan ini sudah semestinya berbeza daripada daripada air paip biasa.
  • Air Reverse Osmosis ditapis tanpa pencemaran kimia dan ini tidak terjadi kepada penapis yang biasa yang hanya dapat melarutkan pepejal dengan kadar yang amat sedikit.
  • Penapis Air Reverse Osmosis (RO) juga dapat menapis dari sulfat, arsenik, aluminium radioaktif dan semua parasit dan virus berbahaya yang lain.
  • Air RO kini semakin popular dan kian mendapat tempat di Amerika Syarikat serta negara-negara dunia ketiga ini kerana airnya yang sudah terbukti benar-benar bersih, dan selamat untuk diminum.
Bagi air alkali pula, juga terdapat pelbagai kebaikan yang bermanfaat untuk manusia dan di antaranya adalah:

  • Mampu mengimbangi tahap keasidan yang berada di dalam badan.
  • Air Alkali bersifat anti-oksida yang mampu meneutralkan dan menurunkan tahap pengoksidaan di dalam badan manusia.
  • Air Alkali juga boleh digunakan untuk meneutralkan asid urik dan merawati rahang sendi.
  • Boleh juga digunakan untuk menurunkan tahap kemabukan akibat pengambilan arak yang berlebihan.
  • Air Alkali mampu meningkatkan sekresi insulin, efektif dalam mencegah penyakit diabetes dan penyakit hati.
  • Mampu meningkat metabolisma tubuh dengan daya menyerap dan daya melarutkan air.
  • Sangat baik untuk penyakit radang usus kronik dan penyakit radang lambung serta sebagainya.
  • Effektif didalam menyembuhkan rheumatik, masalah kulit obesiti, batu dan hempedu.


Selain itu, air MIM juga telah disahkan HALAL oleh Majlis Agama Negeri Kedah Darul Aman dan sumber bagi air mim telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil pengesahan boleh dilihat di halaman gambar di bawah dan para pelanggan Air MIM tidak seharusnya risau kerana Air MIM keluaran Ummi Agro Industri Sdn. Bhd adalah 100% HALAL dan SELAMAT untuk diminum dan tidak perlu diragui akan kebaikan dan manfaatnya kepada pelanggan serta diakui sebagai "AIR MINUMAN NO.1 DI LANGKAWI!!


Untuk makluman anda, Ummi Agro Industri juga menyediakan perkhidmatan OEM untuk membekalkan air minuman dengan menggunakan produk anda sendiri. Ia membawa maksud anda hanya menggunakan air minuman kami akan tetapi ianya akan dilabelkan berdasarkan label yang anda inginkan atau dalam erti kata lain, ia adalah label anda sendiri. Anda boleh melihat antara contoh-contoh produk OEM dibawah. Berminat??...sila hubungi 013-48998858 atau 013-5338856 untuk keterangan lebih lanjut.








Air Azzubaidiyah (Air Penawar)




Air ini telah diruqyah diketuai oleh Ybhg.Ustaz Hanif Ghazali Mudir Madrasah Zubaidiyah ,Merbok,Kedah Darul Aman.


" Dan kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat yang suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman ,dan Al-Quran itu tidak menambahkan bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua"


Cara Menggunakannya :

  • Pastikan air penawar ini diletakkan di tempat yang tinggi dan tidak dilangkah.
  • Menghadap kiblat.*Istigfar 3x * Baca Al-Fatihah 1x * Ayat Kursi 9 Waqaf 1x
  • Selawat atas Baginda SAW 3x * Niat dalam hati untuk menyembuhkan penyakit .

  • Baca " Bismillah" ,minum,sapu dan sembur anggota sakit atau kediaman.

  • Datangkan keyakinan dalam hati bahawa setiap penyakit ada ubatnya,sembuh dengan izin Allah SWT.

Kelebihannya :

Air ini telah diruqyah (jampi) dengan bacaan ayat-ayat rawatan yang mempunyai sandaran yang bertepatan dengan sunnah.



Insyaallah berguna untuk merawat :
  • Penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti Sihir,Kerasukan ,Histeria,Jin,Saka dll.
  • Penyakit fizikal yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti Darah Tinggi,Pening Kepala,Jantung Berdebar,sukar untuk tidur,mengantuk,malas,rasa terancam,rasa dibenci atau tidak disukai,sakit anggota atau sendi dan lain-lain.
  • Pelembut hati.
  • Memudahkan belajar
  • Untuk memagar rumah,pejabat dll.








Monday, May 24, 2010

Testimoni AIR AZZUBAIDIYAH

Seorang pembeli dari Kuala Lumpur telah membeli air ini lalu diminum kesan daripada meminum air ini terus beliau termuntah darah...air ini telah bertindak balas dengan penyakit yang ada dalam tubuh pesakit tersebut..dengan Izin Allah...

Seorang pesakit dari Kulim, Kedah telah meminum air ini dengan izin Allah beliau telah muntah dan keluar dari tubuhnya seperti lendir hitam seperti air kopi...dengan izin Allah.

Seorang pesakit yang telah lama sakitnya,sakit tua,tunggu masa untuk kembali kepada Allah,dengan izin Allah beliau telah diberikan minum air ini..dengan izin Allah beliau telah meninggal dunia....kemungkinan pesakit tersebut telah dikuasai oleh Sakanya....wallahuallam.

Sunday, May 23, 2010

MIM


Air minuman MIM telah diwujudkan untuk menyahut cabaran dalam industri pengeluaran air minuman bertapis dan alkali. MIM dikendalikan oleh UMMIAGRO INDUSTRY SDN BHD yang bertempat di Pulau Langkawi ,manakala pengasasnya adalah orang Melayu yang berasal dari kampung.
MIM memberi 2 makna iaitu huruf MIM sendiri yang juga mempunyai maksud yang tersendiri iaitu "membantu insan yang memerlukan".

Misi, Visi, dan Objektif Ummi Agro Industry Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Ummi Agro Industry
Hj. Kamarudzaman Hj. Mustafa


MIM diwujudkan untuk menyahut cabaran didalam industri pengeluaran air minuman bertapis dan R.O. Air minuman MIM dikeluarkan oleh golongan bumiputera dan dikendalikan sendiri oleh UMMI AGRO INDUSTRY Sdn. Bhd. yang lokasinya terletak di Kawasan Perindustrian KEDA, Kg. Wang Tok Rendong, Langkawi, Kedah Darul Aman manakala pengasasnya merupakan orang Melayu yang dahulunya berasal dari kampung akan tetapi beliau mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi produktivi perniagaan bagi memastikan kaum bumiputera juga mampu berdaya saing dengan kaum-kaum lain.

Misi Syarikat

Menghasilkan dan mengeluarkan barangan siap dengan memenuhi piawaian mutu dan kualiti sepertimana yang dikehendaki oleh pelanggan

Visi Syarikat

Menjadi syarikat pengeluar dan pemasar air minuman bumiputera yang terkenal di Malaysia secara amnya dan di Langkawi khususnya yang mementingkan kualiti air yang bersih serta halal lagi selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Objektif Syarikat

Menjadi syarikat pengeluar dan pemasar air minuman yang sentiasa berdaya saing dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain serta akan menjadi syarikat pengeksport air minuman bumiputera yang terkenal dikalangan negara-negara Islam didunia.